SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama. Rumusannya, sekolah yang diiktiraf sebagai SBT ialah sekolah yang terbaik di Malaysia, dipilih mengikut keperluan, berupaya untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Tahniah dan syabas kepada semua warga Convent terutama kepada guru besar, Encik Norzihan bin Rijaludin, guru-guru, staf-staf sokongan, pihak PIBG, ibu bapa dan anak didik SK Convent. Alhamdulillah... Pada 18 September 2013 dengan rasminya SK Convent telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Salah sebuah sekolah yang terbaik di Malaysia..
" Membina Gemilang Sekolah Terunggul"
0 comments:
Post a Comment