Program "Nafas Segar"& "Tak Nak Merokok"

SK Convent telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Program Nafas Segas & Tak Nak Merokok Peringkat Negeri Pahang. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands telah diadakan pada 29 Mei 2009 di dewan SK Convent.
Matlamat program tersebut adalah ke arah " Sekolah Bebas Dadah 2012" dan "Negara Bebas Dadah 2015". Objektif program pula :
1. Murid-murid dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan matlamat tentang pendidikan pencegahan rokok dan dadah.
2. Murid-murid dapat kesedaran dan keinsafan bahawa rokok dan dadah merupakan bahan yang amat berbahaya dan mesti dihindakan sama sekali.
3. Murid-murid dapat membina kekuatan emosi dan jati diri bagi menolak gejala pengaruh rokok dan dadah tanpa ragu-ragu.
4. Murid-murid berupaya menggunakan segala potensi diri untuk menjayakan kehidupan yang bersih, sihat dan lebih bermakna pada hari muka.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah Latihan Dalam Kumpulan dan ceramah oleh Pejabat Kesihatan Cameron Highlands. Sepanjang program tersebut para peserta didedahkan dengan bahayanya ketagihan rokok dan dadah.

Lorong PPDa SK Convent








Pertandingan Mewarna Sempena PPDa (28.05.09)

Satu pertandingan mewarna telah di adakan sempena Kempen Anti Dadah peringkat sekolah. Pertandingan ini di bahagikan kepada dua kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2. Pertandingan di adakan di kawasan terbuka berbumbung sekolah yang baru di bina.


Murid sedang asyik mengerah idea masing - masing


Guru membantu murid yang kurang mahir dalam lukisan


Para hakim sedang menilai lukisan peserta dan hadiah di sampaikan oleh En. Khairil Anwar

Bengkel Sains UPSR


Pelajar-pelajar tahun 6 kelompok SK menghadiri bengkel teknik menjawab Sains. Teknik-teknik menjawab Sains disampaikan oleh Pn. Rosnan binti Ghazali, Guru Cemerlang Sains dari SMK Seri Pekan, Pahang.

Pelajar-pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan-soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains.




Perhimpunan Unit Pandu Puteri Tunas (20.05.09)






Bertemu dan berpisah



Pn.Zuraida yang di tukarkan ke SJK (C) Brinchang merupakan guru kelas 4 Satria dan Penolong Setiausaha PIBG SK Convent. Beliau merupakan seorang yang lemah lembut tetapi cekap dan tegas menjalankan tugasan di sekolah. Ketiadaan beliau amat di rasai oleh seluruh warga kerja SK Convent dan murid - murid beliau. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang.

Pn. Wan Nazhanim, meneruskan perjuangan beliau selaku seorang guru ke SJK (T) Blue Valley. Selaku Ketua Panitia Kemahiran Hidup SK Convent, beliau telah banyak membawa perubahan kepada bengkel kemahiran hidup sekolah. Perpindahan beliau ke tempat baru juga akan di rasai oleh warga sekolah. Teruskan kecemerlangan anda...

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (19.05.09)

Satu sambutan gilang gemilang telah di adakan di SK Convent. Sambutan ini adalah di bawah kendalian Pn. Zaimah Zakaria. Sambutan yang penuh keceriaan, pengisian seperti untuk merapatkan hubungan dan penglibatan murid dengan guru amat jelas. antara objektif sambutan adalah:

  1. menitikberatkan peranan guru-guru dalam pembinaan kebangsaan (perpaduan dan integrasi) pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. menarik perhatian ibu bapa, pelajar dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat.
  3. memupuk perasaan perpaduan ikhlas dan muhibbah di antara guru.
  4. meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. memberi peluang untuk memajukan kecekapan mereka melalui seminar, persidangan dan sebagainya yang akan diadakan pada Hari Guru.
  6. menilai secara objektif peranan guru-guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan ini lebih berkesan.
Murid - murid tidak sabar untuk menghadiahkan sesuatu buat cikgu - cikgu mereka
Bacaan perutusan oleh Pn. Suriati Zaini, bacaan ikrar guru oleh En. Khairil Anwar dan ucapan dari wakil murid, Mohd Aiman.


Pn. Wan Nazhanim, Pn. Azila, En. Syahida Fazna, Pn. Zuraida, Pn. Khor Wui Kean dan Pn. Endra Devee, penerima Anugerah Staff Terbaik sempena Hari Guru sekolah 2009...Tahniah.


Nyanyian "Kami Guru Malaysia" dan upacara memotong kek hari guru

Sambutan di meriahkan dengan nyanyian daripada murid dan pertunjukan boria SK Convent yang di ketuai oleh Pn. Dahlia.


Cabutan bertuah dan pertukaran hadiah sesama guru



Acara sukaneka melibatkan guru dan murid yang di pertandingkan



Sambutan di akhiri dengan potluck oleh kumpulan dua. Kelihatan Pn. Suriati Zaini sibuk menguruskan hidangan makanan walaupun tidak melibatkan kumpulan beliau. Sifat keibuan yang tinggi mungkin membuatkan beliau bertindak sedemikian.