Program "Nafas Segar"& "Tak Nak Merokok"

SK Convent telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Program Nafas Segas & Tak Nak Merokok Peringkat Negeri Pahang. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands telah diadakan pada 29 Mei 2009 di dewan SK Convent.
Matlamat program tersebut adalah ke arah " Sekolah Bebas Dadah 2012" dan "Negara Bebas Dadah 2015". Objektif program pula :
1. Murid-murid dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan matlamat tentang pendidikan pencegahan rokok dan dadah.
2. Murid-murid dapat kesedaran dan keinsafan bahawa rokok dan dadah merupakan bahan yang amat berbahaya dan mesti dihindakan sama sekali.
3. Murid-murid dapat membina kekuatan emosi dan jati diri bagi menolak gejala pengaruh rokok dan dadah tanpa ragu-ragu.
4. Murid-murid berupaya menggunakan segala potensi diri untuk menjayakan kehidupan yang bersih, sihat dan lebih bermakna pada hari muka.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah Latihan Dalam Kumpulan dan ceramah oleh Pejabat Kesihatan Cameron Highlands. Sepanjang program tersebut para peserta didedahkan dengan bahayanya ketagihan rokok dan dadah.