Latihan Kebakaran (26.06.09)

Tepat jam 11.13 pagi, loceng kecemasan secara mengejut di bunyikan sebagai tanda berlaku kecemasan dan semua warga SK Convent di kehendaki berkumpul di kawasan yang selamat. Latihan ini di adakan sebagai latihan kepada semua warga sekolah jika berlaku kecemasan yang sebenar.

Murid di arahkan beratur dan berjalan dengan cepat ke hadapan dewan.

Murid berkumpul dan guru mengambil kehadiran untuk memastikan semua murid berada di kawasan lapang.

Taklimat latihan kebakaran di berikan oleh Puan Supiah.

Murid di berikan penerangan berkenaan kepentingan latihan kebakaran. Latihan ini akan sentiasa di buat oleh AJK keselamatan sekolah.

"Action Song"


Kumpulan Action Song SK Convent mengambil bahagian dalam Pertandingan "Action Song" sempena Karnival Koakademik Bahasa Inggeris peringkat Daerah Cameron Highlands.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang melatih kumpulan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang mengganggotai kumpulan ini kerana berjaya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.



Manakala Erica Richard yang mengambil bahagian dalam pertandingan "Story Telling" telah mendapat tempat kedua. Tajuk cerita yang dipersembhakan oleh Erica Richard ialah "Slimy The Snail". Tahniah dan syabas.

Perhimpunan Unit Uniform (17.06.09)

Perhimpunan bulanan unit uniform pada bulan ini dikendalikan oleh unit TKRS di bawah pimpinan guru - guru TKRS.


Pn. Suriati Zaini memberikan peringatan dan nasihat kepada semua murid.

Pertunjukan contoh - contoh balutan.

Majlis di akhiri dengan persembahan nyanyian oleh anggota TKRS.

Patah Tumbuh Hilang Mungkin Berganti...


Ustaz Suhaidi telah ditukarkan ke Temerloh pada 1 Jun 2009. Pertukaran beliau adalah di sebabkan isteri beliau bertugas di Hospital Besar Temerloh. Ketiadaan beliau di rasai oleh setiap warga SK Convent walaupun beliau hanya sempat bertugas selama 6 bulan di sini. Jasa dan sumbangan beliau terhadap sekolah terutama di dalam menjayakan program - program KGKT dan dalam membina Lorong PPDa Sekolah amat di hargai. Terima Kasih Ustaz Suhaidi...