Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (19.05.09)

Satu sambutan gilang gemilang telah di adakan di SK Convent. Sambutan ini adalah di bawah kendalian Pn. Zaimah Zakaria. Sambutan yang penuh keceriaan, pengisian seperti untuk merapatkan hubungan dan penglibatan murid dengan guru amat jelas. antara objektif sambutan adalah:

  1. menitikberatkan peranan guru-guru dalam pembinaan kebangsaan (perpaduan dan integrasi) pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. menarik perhatian ibu bapa, pelajar dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat.
  3. memupuk perasaan perpaduan ikhlas dan muhibbah di antara guru.
  4. meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. memberi peluang untuk memajukan kecekapan mereka melalui seminar, persidangan dan sebagainya yang akan diadakan pada Hari Guru.
  6. menilai secara objektif peranan guru-guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan ini lebih berkesan.
Murid - murid tidak sabar untuk menghadiahkan sesuatu buat cikgu - cikgu mereka
Bacaan perutusan oleh Pn. Suriati Zaini, bacaan ikrar guru oleh En. Khairil Anwar dan ucapan dari wakil murid, Mohd Aiman.


Pn. Wan Nazhanim, Pn. Azila, En. Syahida Fazna, Pn. Zuraida, Pn. Khor Wui Kean dan Pn. Endra Devee, penerima Anugerah Staff Terbaik sempena Hari Guru sekolah 2009...Tahniah.


Nyanyian "Kami Guru Malaysia" dan upacara memotong kek hari guru

Sambutan di meriahkan dengan nyanyian daripada murid dan pertunjukan boria SK Convent yang di ketuai oleh Pn. Dahlia.


Cabutan bertuah dan pertukaran hadiah sesama guru



Acara sukaneka melibatkan guru dan murid yang di pertandingkan



Sambutan di akhiri dengan potluck oleh kumpulan dua. Kelihatan Pn. Suriati Zaini sibuk menguruskan hidangan makanan walaupun tidak melibatkan kumpulan beliau. Sifat keibuan yang tinggi mungkin membuatkan beliau bertindak sedemikian.

0 comments: