Tahun ni sekali lagi PSS sekolah ini dicalonkan mewakili daerah Cameron Highlands dalam Anugerah Bintang PERPUSPA peringkat negeri Pahang. Tahun lepas, kali pertama mewakili daerah menduduki tempat kelima negeri Pahang dan telah dipilih sebagai PSS Harapan.
Jawatankuasa penilai pada tahun ini terdiri daripada Pn. Norizan binti Ismail dan En. Roslan bin Mahadi dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang.
Aspek penilaian meliputi sistem dokumentasi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Kewujudan persekitaran sekolah yang membantu P&P guru dan murid juga diambil kira. Selain itu, peranan PSS dalam menjulang pencapaian UPSR juga dinilai.
Harapan pada tahun ini, PSS sekolah ini berada dalam kelompok tiga terbaik dalam negeri Pahang. Semua pencapaian ini adalah hasil usaha dan kerja keras semua guru, kaki tangan dan murid sekolah ini yang sentiasa berusaha untuk memastikan SK Convent sentiasa berada dalam tahap yang gemilang.

0 comments:
Post a Comment