Kem Kecemerlangan UPSR

Sekolah ini telah menjadi pusat Kem Kecemerlangan UPSR peringkat daerah Cameron Highlands yang diadakan pada 5 - 6 Julai 2008. Kem ini telah disertai oleh pelajar-pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan sekitar daerah ini.

Para peserta kem ini didedahkan kepada teknik menjawab soalan-soalan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Fasilitator-fasilitator kem ini terdiri daripada Guru-guru Pakar dari sekitar Pulau Pinang. Kem ini dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Persekutuan Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands dan Majlis Guru Besar Cameron HIghlands.



Majlis penutupan rasmi Kem Kecemerlangan UPSR ini telah disempurnakan oleh En. Zakaria bin Abdullah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands.

0 comments: